Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diplomat Afghan di Pakistan dibunuh

    KARACHI, Pakistan, 6 Feb – Seorang diplomat Afghan di bandar pelabuhan Pakistan Karachi telah ditembak dan dibunuh oleh pengawal keselamatan beliau yang melepaskan tembakan dalam misi diplomatik hari ini, kata para pegawai.

    Mohammad Zaki Abdu – setiausaha ketiga di Konsulat Afghan di Karachi – meninggal dunia akibat luka sejurus selepas tembakan itu, menurut jurucakap konsulat, Haris Khan “Kami sedang bekerja di pejabat kami apabila kami mendengar bunyi tembakan,” katanya.

    “Semua orang melarikan diri dalam keadaan panik.” Pengawal, yang hanya dikenali sebagai seorang warga Afghan bernama Rahatullah, telah ditahan, kata pegawai rasmi polis Azad Khan. keduanya berkata motif pembunuhan itu belum diketahui. Kedutaan Afghanistan di Islamabad berkata ia sedang menunggu maklumat seterusnya. Pakistan telah lama menjadi sarang militan Islam, misi asing menyediakan keselamatan tambahan dan juga sering mengupah pengawal peribadi mereka sendiri. – AP

    Askar separa tentera Pakistan dan komando polis berkumpul di luar konsulat Afghanistan berikutan kejadian penembakan di Karachi, Pakistan, kelmarin. – AP
    Askar separa tentera Pakistan dan komando polis berkumpul di luar konsulat Afghanistan berikutan kejadian penembakan di Karachi, Pakistan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda