Diplomat AS, utusan PBB bincang usaha akhiri keganasan

NEW YORK, 23 JUN – Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Wendy Sherman kelmarin bertemu Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Myanmar, Christine Schraner Burgener bagi membincangkan usaha untuk menghentikan keganasan tentera sejak rampasan kuasa, kata Jurucakap Jabatan Negara AS.

“Timbalan Setiausaha Sherman dan Utusan Khas Burgener membincangkan usaha masyarakat antarabangsa untuk membantu mengakhiri keganasan dan penindasan tentera Burma, termasuk mendesak ASEAN memastikan tentera bertanggungjawab terhadap lima konsensus dan menyokong usaha rakyat untuk mengembalikan demokrasi di negara itu,” kata Price.

Menurut Sputnik, dalam pertemuan itu, kedua-dua pegawai turut membincangkan usaha untuk memastikan akses kepada bantuan kemanusiaan. – Bernama

Gambar fail perhimpunan antirampasan kuasa ketika berarak di Yangon, Myanmar. – AP