YANGON, Myanmar, 2 Okt – Pihak berkuasa Myanmar membawa diplomat asing dan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berkunjung ke negeri utara Rakhine yang dibelenggu konflik pada hari ini, di mana tindakan keselamatan telah membawa kepada penghijrahan lebih daripada 500,000 penduduk Islam Rohingya.
Tiga kumpulan diplomat dibawa ke tiga kawasan berlainan hari ini, kata Ye Htut, pentadbir daerah Maungdaw di Rakhine. Beliau tidak memberikan butir-butir mengenai kerakyatan diplomat.
Myanmar telah menerima kritikan antarabangsa kerana melarang kumpulan bantuan, wartawan dan orang luar lain daripada berkunjung secara bebas ke rantau untuk melihat situasi di sana. Satu lawatan sebelum ini untuk diplomat yang dijadualkan pada minggu lalu dibatalkan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn