Diplomat China, India bermesyuarat

BEIJING, 13 OGOS – Diplomat atasan India dan China hari ini bertemu di Beijing di tengah-tengah peningkatan ketegangan di atas tindakan India mengubah status sah wilayah dikawalnya, Kashmir, yang sebahagiannya dituntut oleh China sebagai wilayahnya.

Agensi berita rasmi China, Xinhua mengatakan Menteri Luar Wang Yi memberitahu Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar di Beijing bahawa China berharap India akan ‘memainkan peranan membina dalam keamanan dan kestabilan rantau itu.’ – AP