Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Diplomat Jerman ditahan bunuh suami

    RIO DE JANEIRO, 7 OGOS – Polis Brazil menahan seorang diplomat Jerman semalam, yang didakwa membunuh suaminya di kediaman mereka di Rio de Janeiro, sebelum cuba menyembunyikan jenayah itu.

    Uwe Herbert Hahn, yang berkhidmat sebagai konsul di Konsulat Jerman di Rio de Janeiro, memberitahu pihak berkuasa bahawa suaminya, warga Belgium, Walter Henri Maximilien Biot, jatuh sakit pada Jumaat, sebelum meninggal dunia kerana cedera di kepala ketika jatuh pengsan.

    Namun, menurut polis, analisis mayat mangsa serta pangsapuri pasangan itu di Ipanema, mendapati Biot dipukul dengan teruk. Jurucakap polis Brazil, Camila Lourenco berkata kisah yang diceritakan oleh konsul bahawa mangsa terjatuh, bercanggahan dengan kesimpulan dalam laporan forensik.

    “Laporan itu mendapati banyak kesan lebam, termasuk di bahagian tubuh, selaras dengan kecederaan akibat dipijak, serta luka yang bersamaan dengan serangan menggunakan alatan berbentuk silinder.

    “Keadaan mayat itu jelas menunjukkan punca kematian mangsa,” katanya menerusi media sosial Presint 14 Polis Rio de Janeiro.

    Akaun Instagram presint itu memuat naik gambar kesan darah di atas lantai dan perabot di kediaman pasangan berkenaan. Media Brazil melaporkan Hahn tidak akan memiliki imuniti diplomatik kerana ciri-ciri jenayah yang berlaku.

    Polis enggan mengulas ketika diminta berbuat demikian. Media tempatan melaporkan, Hahn yang sudah berkahwin dengan Biot selama 20 tahun, cuba membersihkan lokasi kejadian sebelum ketibaan polis, sebelum memaklumkan kepada mereka bahawa suaminya minum minuman keras dengan banyak dan mengambil pil tidur.

    Kedutaan Jerman di Brasilia tidak memberi sebarang komen ketika diminta mengulas kejadian itu. – AFP

    Gambar bertarikh 6 Ogos 2022 menunjukkan pintu masuk ke bangunan di mana Walter Henri Maximilien Biot ditemui mati dalam apartmen di Rio de Janeiro, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...