Diplomat Rusia ditemukan mati

MOSCOW, 7 NOV – Seorang diplomat Rusia ditemui mati di luar kedutaan negara itu di Berlin pada Oktober lalu.

Lelaki itu yang mayatnya ditemukan pada 19 Oktober di kaki lima dan dipercayai terjatuh dari kompleks kedutaan berkenaan, menurut mingguan Spiegel yang pertama kali melaporkan kes itu.

Kes itu ‘diketahui oleh kementerian’ menurut jurucakap kementerian luar Jerman yang tidak akan memberikan butiran lanjut.

Spiegel memetik kedutaan Rusia mengklasifikasikan kematian itu sebagai ‘kemalangan tragis’, dan ia tidak akan mengulas mengenai kes itu.

Diplomat itu dikenal pasti sebagai setiausaha kedua berusia 35 tahun di kedutaan oleh Spiegel.

Bagaimanapun, majalah itu berkata, pihak berkuasa Jerman percaya dia juga ejen perkhidmatan rahsia Rusia, FSB. – AFP