Dirempuh ala WWE hingga tergolek

BERLIN, 11 NOV – Kapten Eintracht, Frankfurt David Abraham dibuang padang selepas melakukan rempuhan ala gusti WWE terhadap pengurus Freiburg, Christian Streich yang mengakibatkan keadaan kelam-kabut di atas padang.

Insiden itu berlaku pada penghujung perlawanan ketika Abraham cuba mendapatkan bola yang keluar ketika pasukannya ketinggalan satu gol akibat jaringan gol sendiri.

Abraham meluru untuk mendapat bola yang keluar padang dan ketika itu

Streich pula kebetulan berada dalam laluan pemain Argentina itu.

Pemain pertahanan tengah berketinggian 188sm itu tidak mengelak atau berlari di sisi sebaliknya merempuh dengan kasar menyebabkan pengurus Jerman berusia 54 tahun itu terjatuh dan terbaring di kawasan teknikal.

Tindakan Abraham membuatkan suasana menjadi huru-hara apabila pemain serta kakitangan dua kelab

terbabit bertolak-tolakan di padang. Keadaan itu berlanjutan selama lima minit sehinggalah situasi kembali terkawal selepas campur tangan pihak pengawal keselamatan. – Agensi

Christian Streich ketika terbaring selepas dihempap oleh David Abraham semasa perlawanan antara Freiburg dan Eintracht, di Jerman. – AFP