KUALA LUMPUR, 2 JULAI – Persaingan paling sukar adalah ‘perang’ melawan diri sendiri. Itu cabaran terbesar penembak berpengalaman negara Nur Suryani Mohamed Taibi yang bakal membuat penampilan keduanya pada temasya Sukan Olimpik di Tokyo, bulan ini.
Penembak berusia 38 tahun itu yang akan beraksi dalam acara kegemarannya, 50 meter (m) Rifle 3 Position individu wanita, berkata dalam sukan menembak setiap atlet lebih berlawan dengan diri sendiri bagi mendapatkan konsistensi dalam setiap bidikan. – Bernama