THE HAGUE, 18 Mei – Bekas pemain antarabangsa Belanda Dirk Kuyt kelmarin mengumumkan persaraan selepas hatrik beliau memacu Feyenoord menjulang gelaran pertama Eredivisie dalam tempoh 18 tahun tiga hari yang lalu.
“Sepanjang kerjaya, saya sentiasa mengikuti gerak hati apabila membuat keputusan termasuk kali ini,” kata Kuyt berkata dalam satu kenyataan di laman web Feyenoord.
“Bagi saya inilah masa yang tepat untuk bersara. Saya mempunyai dua tahun yang hebat di sini sejak kembali ke Feyenoord dengan gelaran musim ini sebagai kemuncak.
“Saya mempunyai impian untuk memenangi trofi dan menjadi juara bersama Feyenoord. Semua impian saya telah menjadi kenyataan.”
Kuyt, 36, menjaringkan ketiga-tiga gol pada Ahad ketika Feyenoord mengalahkan Heracles 3-1 untuk merangkul gelaran Belanda selepas selesai satu mata di depan Ajax.
Beliau dijangka kekal di di Feyenoord dalam kapasiti teknikal selepas mengakhiri karier 19 tahunnya.
Kuyt membuat penampilan profesional pertama di FC Utrecht pada 1998 sebelum menyertai Feyenoord pada 2003 di mana beliau pantas memantapkan diri sebagai tokoh utama di De Kuip.
Selepas tiga musim prolifik di Rotterdam, Kuyt telah disambar oleh Liverpool pada 2006 selepas bermain pada Piala Dunia di Jerman tahun itu.
Dia menjaringkan 71 gol selepas lebih enam musim bersama kelab Inggeris termasuk gol sagu hati pada final Liga Juara-Juara 2007 Liverpool tewas kepada AC Milan.
Pemain Belanda itu yang bermain 104 kali untuk negaranya memulakan setiap perlawanan ketika Belanda mara ke final Piala Dunia 2010 tetapi tewas 1-0 kepada Sepanyol selepas masa tambahan di Johannesburg.
Dengan komitmen mendalam kepada akar umbi, Kuyt amat disayangi penyokong Liverpool tetapi kemarau gol kempen terakhirnya di Anfield menyebabkan beliau dijual kepada kelab Fenerbahce Turki pada 2012.
Beliau kemudian kembali ke Feyenoord buat kali kedua pada 2015 dengan perjanjian setahun sebelum melanjutkan kariernya untuk satu musim terakhir.
“Amat hebat rasanya untuk kembali. Perbezaan berbanding sebelumnya (di Feyenoord) bahawa kali ini saya benar-benar mahu untuk memenangi trofi,” Kuyt memberitahu akhbar-akhbar Belanda selepas kemenangan tempoh hari. – AFP