Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Disabit bersalah kes rompak, pecah masuk

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Seorang lelaki tempatan disabit bersalah oleh Mahkamah Perantaraan kerana melakukan rompakan bersenjata dan memecah masuk rumah selepas dia menafi terlibat bersama tiga orang lain dalam rompakan barang kemas di Kampung Tanjung Bunut.

    Pendakwa Atiyyah Abas memanggil 17 saksi untuk membuktikan kes ke atas Mohammad Noh bin Mohd Edham, manakala seorang saksi memberikan keterangan menyokong defendan.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mendapati defendan bersalah atas dakwaan mencuri 11 utas rantai emas dari sebuah kedai emas di Kampung Tanjung Bunut, di mana dia mengugut seorang pekerja dengan bersenjatakan sebilah parang pada pukul 7 malam pada 12 Disember 2020.

    Mahkamah juga menyabitkan defendan bersalah kerana memecah masuk sebuah rumah di Berek Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Bukit Bendera, Daerah Tutong atas kecurian yang berlaku di antara jam 4 petang dan 6:10 petang pada 11 Disember 2020.

    Defendan bakal berdepan hukuman penjara 30 tahun, 12 sebat dan penjara 10 tahun tambahan dengan sebat. Hakim Pengiran Masni telah menetapkan tarikh 18 Jun untuk menjatuhkan hukuman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...