Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Disangka bom, rupanya ‘alat mainan dewasa’

    TOKYO, 6 OKT – Sepasukan pakar bahan letupan Jepun yang dikejarkan ke sebuah tempat letak kereta minggu ini untuk memeriksa bungkusan mencurigakan, akhirnya hanya menemukan alat mainan seks di dalamnya.

    Polis di tengah Jepun, Kakegawa menerima panggilan pagi kelmarin mengenai sebuah beg bimbit berwarna perak yang ditinggalkan di lot letak kereta di tanah perkuburan tempatan, kata jurucakap polis kepada AFP hari ini.

    Skuad pemusnah bom tempatan dikerahkan ke lokasi dan bertindak menutup jalan dalam radius sekitar 300 meter dari beg berkenaan selama lebih tiga jam.

    Media tempatan pula menghantar helikopter bagi membuat liputan ‘operasi yang rumit lagi berbahaya’ oleh pakar bom di lokasi.

    Namun, selepas pemeriksaan teliti, skuad pemusnah bom hanya menemui ‘alat mainan seks’ di dalam beg berkenan, kata jurucakap polis tanpa menghuraikan lebih lanjut.

    “Beg bimbit metalik berwarna perak itu disimpan di lot letak kereta di lokasi terpencil… justeru ia menimbulkan kecurigaan,” katanya kepada AFP, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    “Semuanya berjalan mengikut perancangan, dan berakhir dengan baik,” katanya, sambil menambah polis berasa lega apabila mendapati tiada barang yang memberi ancaman.

    Media tempatan melaporkan lot letak kereta itu menjadi lokasi popular untuk membuang sampah secara haram. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...