Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Disangka penceroboh, lelaki tembak mati anak perempuan

    WASHINGTON, 31 DIS – Seorang lelaki di Ohio telah menembak mati anak perempuannya sendiri yang berusia 16 tahun selepas tersilap dia sebagai seorang penceroboh yang memasuki kediaman rumah keluarganya, kata polis tempatan kelmarin.

    Kematian Janae Hairston telah disenaraikan dalam senarai panjang mangsa keganasan senjata api di Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

    Ibu mangsa menelefon talian kecemasan pada pukul 4:30 pagi pada Rabu lalu untuk melaporkan anak perempuannya terbaring di atas lantai dalam garajnya, selepas ditembak oleh bapanya sendiri yang menyangka dia seorang penceroboh, kata polis.

    Kedua-dua ibu bapa kedengaran merayu dengan panik anak perempuan mereka supaya bangun, menurut akhbar tempatan, The Columbus Dispatch, yang memperoleh rakaman panggilan itu.

    Petugas tindak balas kecemasan telah sampai beberapa minit kemudian dan membawa Hairston ke hospital tempatan, di mana dia telah disahkan meninggal dunia pada 5:42 pagi.

    “Kami sedih dengan kehilangan tragis ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar dan keluarga menghadapinya,” kata ketua sekolah Hairston, dalam nota kepada ibu bapa yang dikeluarkan oleh akhbar tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...