Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Disarankan patuhi segala SOP

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Peningkatan jumlah kes jangkitan tempatan COVID-19 dalam beberapa hari kebelakangan ini, merupakan suatu yang membimbangkan, oleh itu, orang ramai disarankan untuk sentiasa mematuhi segala SOP bagi menangani penularan jangkitan khususnya ketika mengadakan atau menghadiri acara perkumpulan.

    Saranan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar ketika menjawab persoalan mengenai peningkatan jumlah kes jangkitan tempatan yang disaksikan beberapa hari kebelakangan ini termasuk 20 kes jangkitan baharu pada 8 Januari di mana 15 daripadanya adalah kes jangkitan tempatan dan lima adalah kes jangkitan import.

    Kes baharu itu termasuk satu kluster kediaman melibatkan tujuh orang di mana kluster yang muncul baru-baru ini itu daripada acara perkumpulan iaitu perkumpulan tahun baharu atau perkahwinan, jelas Yang Berhormat Dato lagi semasa Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Oleh itu, amat penting bagi mereka yang menghadiri majlis-majlis di mana terdapatnya kes positif untuk membuat ujian saringan pantas antigen (ART) terlebih dahulu untuk memastikan tidak dijangkiti.

    Yang Berhormat Dato juga mengingatkan orang ramai bahawa walaupun mereka telah melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19, mereka boleh sahaja dijangkiti oleh virus berkenaan di mana mereka mungkin tidak mempunyai sebarang gejala tetapi boleh menjadi penyebab untuk virus merebak kepada yang lain.

    “Ini kerana, kadang kala kes yang positif ini tidak ingat sepenuhnya siapa yang hadir ke majlisnya dan contact tracing berharap dengan apa jua maklumat yang diberikan sahaja.”

    Yang Berhormat Dato berkata lagi bahawa individu yang merasa kurang sihat harus menghindarkan diri daripada menghadiri acara manakala hos atau tuan rumah harus memastikan bahawa sesiapa yang kurang sihat tidak dibenarkan masuk atau menjalankan saringan di lokasi atau memerlukan mereka yang menghadiri majlis untuk menunjukkan sijil ujian ART mereka.

    Beliau berkata lagi bahawa terdapat banyak cara untuk orang ramai membuat perkumpulan dengan baik dan diharapkan supaya orang ramai melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam sama-sama memastikan penularan itu dapat dikawal dengan baik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...