Diskaun, produk eksklusif ditawarkan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – QAF Auto, pengimport tunggal kenderaan BMW di Brunei Darussalam, menganjurkan acara penjualan memaparkan tawaran eksklusif bersama rakan kongsi acara mereka, Sejalin, kelmarin dan hari ini, bermula jam 9 pagi hingga 4 petang di Bilik Pameran BMW.

Semasa acara dua hari tersebut, orang ramai dialu-alukan untuk melihat dan menguji pandu model kereta BMW dan juga tawaran eksklusif produk rakan kongsi acara mereka.

Diskaun diberikan kepada produk-produk terpilih Bang & Olufsen dan hadiah hamper istimewa.

Antara kereta demonstrasi yang terdapat semasa acara jualan tersebut ialah BMW 740Li, BMW 520i, BMW 320i, BMW 118i, BMW X3 xDrive20i dan BMW X4 xDrive20i.

Mereka yang menguji pandu atau menempah kereta semasa acara tersebut hingga 22 Ogos ini berpeluang untuk memenangi hamper dari Sejalin yang terdiri daripada Beoplay H4 2nd Generation bernilai, tumbler BMW Original serta barangan menarik yang lain.

Antara model kereta BMW yang terdapat dalam acara penjualan yang dianjurkan oleh QAF Auto baru-baru ini.
Tawaran produk Bang & Olufsen daripada Sejalin.