Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Disney+ catat kerugian, lancar produk lebih murah

    WASHINGTON, 9 NOV – Perkhidmatan penstriman Disney+ menyaksikan jumlah pelanggannya meningkat sebanyak 12 juta pengguna berbanding bulan Jun, menurut keputusan yang keluar semalam.

    Peningkatan itu mengatasi jangkaan penganalisis, tetapi perkhidmatan penstriman kumpulan yang berpangkalan di California, yang termasuk Disney+, ESPN+ dan Hulu, mencatat kerugian operasi tahun-ke-tahun dua kali ganda kepada AS$1.47 bilion untuk tempoh Julai sehingga September, menurut kenyataan syarikat itu.

    Jumlah orang yang melanggan Disney+ mencecah 164.2 juta, lebih daripada 161 juta yang dianggarkan Factset, sebuah syarikat data.

    Namun jumlah berkenaan dihapus oleh kerugian kewangan tinggi dialami oleh perkhidmatan penstriman Disney yang berdepan beberapa pesaing, termasuk pemimpin industri Netflix dan 223 juta pelanggannya di seluruh dunia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney Co, Bob Chapek berkata pembangunan perniagaan penstriman memerlukan ‘pelaburan besar’, dan perkhidmatan tersebut kini mengalami ‘kerugian operasi teruk, yang kami jangka akan terus merosot dalam masa terdekat.’

    Disney+ berkata ia sedang menimbang melancarkan produk langganan yang lebih murah pada 8 Disember untuk menarik lebih ramai penonton selain mempelbagaikan sumber pendapatannya.

    Syarikat itu berkata pada Ogos ia berharap Disney+ akan memperoleh keuntungan pada 2024 dan bergantung pada filem baharu seperti Black Panther: Wakanda Forever dan Avatar: The Way of Water untuk membantu menambah jumlah langganannya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Disney+ semasa Ekspo Walt Disney D23 di Anaheim, California. Pelanggan Disney+ meningkat 12 juta bulan ini berbanding Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...