Disney Shanghai benar bawa masuk makanan

SHANGHAI, 11 SEPT – Taman tema Disney, Shanghai melonggarkan larangannya bagi membawa masuk makanan luar susulan satu saman undang-undang, namun kediaman Mickey Mouse itu masih tidak bertoleransi terhadap pelawat yang membawa mi segera atau makanan berbau kuat seperti durian.

Seorang pelajar dengan nama keluarga Wang, memfailkan saman terhadap Disneyland Shanghai pada Mac lalu selepas dilarang membawa masuk makanannya sendiri, satu langkah yang mencetuskan sokongan meluas di media sosial China.

Peraturan Disney itu dikecam dalam talian sebagai dwistandard dan mendiskriminasi terhadap Asia memandangkan taman temanya di Eropah dan Amerika Syarikat membenarkan pelawat membawa masuk makanan dari luar.

“Kami menghargai maklum balas daripada pelawat kami.

“Garis panduan terkini membawa makanan masuk dilaksanakan berdasarkan keselamatan dan memastikan kepuasan pelawat,” kata seorang kakitangan Disneyland Shanghai memberitahu AFP melalui panggilan telefon.

Dasar baharu menyatakan ‘pelawat dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman ke dalam taman itu untuk dimakan sendiri, kecuali ia tidak perlu dipanaskan semula atau disejukkan dan tidak mempunyai bau kuat seperti buah durian.

Tembikai dan juga tofu juga dikecualikan, menurut akhbar kerajaan, People’s Daily. –AFP