Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disney tingkatkan tawaran

    WASHINGTON, 21 Jun – Disney semalam meningkatkan tawarannya bagi aset-aset penting 21st Century Fox kepada AS$71.3 bilion untuk mengatasi bidaan Comcast dalam langkah terbaharu dalam persaingan bidaan yang boleh mewujudkan pelabur dominan dalam dunia hiburan media.

    Langkah Walt Disney Co dibuat seminggu selepas Comcast, penyedia kabel AS terbesar dan pemilik kumpulan NBCUniversal, membida AS$65 bilion bagi aset berharga Fox yang dijual oleh empayar keluarga Rupert Murdoch.

    Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif Disney Robert Iger berkata pemerolehan aset-aset studio dan televisyen 20th Century Fox di As dan luar negara akan menempatkan kedudukan syarikatnya dengan lebih baik untuk bersaing dalam lanskap media yang terganggu oleh dominan-dominan besar teknologi.

    Perggabungan ini “adalah saranan paling menarik perhatian bagi para pengguna yang akan membolehkan kami mewujudkan kandungan kualiti tinggi yang lebih menarik, meluaskan kelangsungan kami kepada tawaran pengguna, keterlibatan antarabangsa dan memberikan pengalaman hiburan lebih menarik dan peribadi untuk memenuhi permintaan pengguna yang meningkat di seluruh dunia,” Iger memberitahu conference call.

    Disney berkata nilai aset yang termasuklah syarikat penerbitan yang bertanggung jawab bagi ‘The Simpsons’ dan ‘Modern Family” serta perniagaan penerbitan filem telah meningkat berbanding Disember lalu disebabkan pembaharuan cukai dan pemajuan operasi.

    Perjanjian ini akan meletakkan kedudukan Disney mengawal pegangan di Hulu, platform online yang diwujudkan oleh kumpulan media untuk mencabar Netflix dan Amazon. Comcast dan Disney masing-masing memiliki 30 peratus saham di Hulu dan Time Warner memegang 10 peratus.

    Disney telah pun memiliki rangkaian televisyen penyiaran ABC, kumpulan penyiaran sukan ESPN dan studio filem Hollywood utama berserta dengan taman tema seluruh dunia.

    Masih tidak jelas sama ada Comcast akan menambah bidaannya, yang telah diumumkan sebagai perjanjian semua tunai dalam persaingan bidaan yang akan meletakkan dominan utama di Hollywood dan pasaran televisyen sejagat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda