Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Disneyland HK rasmi tarikan tema Frozen

    HONG KONG, 20 NOV – Disneyland Hong Kong membuka tarikan pertama bertemakan Frozen hari ini, dengan beribu-ribu pengunjung tidak sabar-sabar merasai permainan baharu hingga ada yang sanggup beratur berjam-jam untuk menjadi yang terawal.

    Berdasarkan filem animasi Frozen Disney yang sangat popular, bahagian baharu taman itu menampilkan landskap dan watak filem dengan dua permainan baharu, roller coaster dan bot yang membawa pengunjung melalui adegan berbeza seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut.

    “Sedekad yang lalu, filem itu telah berkembang menjadi salah satu francais paling berjaya dalam sejarah Disney,” kata Josh D’Amaro, pengerusi Disney Experiences.

    “World of Frozen mewakili pembaharuan terbesar dan paling berani di Disneyland Hong Kong sejak taman itu dibuka pada 2005.”

    Perasmian itu dibuat selepas Disney mengumumkan pada September pengembangan taman dan permainannya bernilai AS$60 bilion kira-kira sedekad.

    Sekarang pelancong China meneroka ke luar negara semula selepas pandemik, tarikan baharu itu bertujuan menjadi perubahan baharu untuk taman tema yang telah mengalami kerugian selama bertahun-tahun. – AP

    Setiausaha Kewangan HK, Paul Chan (kiri) dan Pengerusi Disney Experiences, Josh D’Amaro bergambar bersama penghibur di hadapan media semasa acara pembukaan kawasan bertema World of Frozen di Hong Kong pada 20 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...