Disoal siasat kerana hina air zamzam

ISTANBUL, 21 NOV – Polis Turki menyoal siasat dua kakitangan konsulat Amerika Syarikat di negara itu semalam berhubung video sambutan Halloween yang dituduh menghina Islam, lapor agensi berita DHA.

Pasangan itu, yang bekerja di konsulat di bandar raya Adana, dibawa untuk soal siasat dan kemudian dibebaskan.

Ia susulan video, yang disebarkan meluas atas talian, menunjukkan seorang wanita mempersendakan air zamzam.

Seorang lelaki, berpakaian seperti lelaki Islam warak, menasihatkan wanita itu supaya meminum koktel.

Pendakwa berkata, mereka menahan dua kakitangan konsulat berusia 30 dan 38 tahun. – Agensi