Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Dita Karang, penyanyi Kpop pertama dari Indonesia

    Kumpulan Kpop, Secret Number mencuri perhatian warganet apabila lagu mereka Love, Maybe menjadi lagu soundtrack Kdrama popular Business Proposal.

    Lebih menarik, salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dita Karang berasal dari Indonesia.

    Dita atau nama sebenarnya Anak Agung AyuPuspa Aditya Karang, 25, dilahirkan di Yogyakarta dan merupakan orang Indonesia pertama mencipta kerjaya sebagai penyanyi Kpop.

    Mengasah bakat tarian dari kecil menerusi tarian ballet, Dita kemudian melanjutkan pengajian jurusan seni tari dan pertunjukan di American and Dramatic Academic (AMDA) College, New York.

    Ketika pengajian berkenaan, Dita turut mengambil kelas tarian di Born Star Training Center, New York.

    Mengidolakan kumpulan 2NE1, Dita mengejar cita-citanya ke Korea dan mengikuti kelas tari 1 Million Dance Studio (sekolah tari terkenal dengan pencipta koreografi idol K-Pop, salah satunya BTS).

    Dia berjaya mengikuti uji bakat dan secara rasmi menjadi pelatih di agensi VINE Entertainment.

    Dita debut bersama Secret Number pada Mei 2020 menerusi lagu Who Dis yang kini sudah mencecah 43 juta tontonan di saluran YouTube.

    Dita yang sebelumnya memiliki akaun Instagram peribadi memutuskan untuk menyahaktifkan akaun tersebut. – Agensi

    Lagu Dita Karang bersama kumpulan Secret Number jadi OST drama Business Proposal. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...