Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ditahan dalangi sindiket tipu kad individu tanpa kewarganegaraan

    KUALA LUMPUR, 30 JUN – Seorang presiden parti politik di Sabah adalah antara dua individu yang ditahan pada 22 Jun lepas di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan kad data maklumat individu tanpa kewarganegaraan.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata lelaki terbabit dan seorang lagi individu disyaki memperdayakan mangsa dengan memberi jaminan pemegang kad data berkenaan akan menerima keistimewaan dan kemudahan sama seperti warganegara.

    Bercakap pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini, Hamzah berkata beliau menerima maklumat mengenai sindiket itu daripada seorang individu dari luar negara dan kemudian memaklumkannya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

    Beliau berkata polis kemudian menubuhkan unit khas untuk menjejak sindiket terbabit dan berjaya menahan dua suspek berkenaan di Subang Jaya.

    “Kedua-dua individu itu juga memperdayakan mangsa dengan menjanjikan bahawa mereka turut menerima kad pengenalan berwarna biru seperti yang diberi kepada rakyat negara ini selepas segala urusan berkaitan selesai,” katanya.

    Beliau berkata lelaki terbabit mendaftarkan parti itu pada 2017 dan menjadi presiden parti berkenaan. – Bernama

    Datuk Seri Hamzah Zainuddin semasa bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP PKP Covid-19 (JKPS) baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...