Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ditahan gara-gara tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

    RIYADH, 13 SEPT – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya datang ke Mekah untuk menunaikan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.

    Media tempatan, yang memetik satu kenyataan, melaporkan pihak berkuasa Masjidil Haram menahan seorang penduduk warga Yaman yang dilihat dalam video membawa satu kain rentang dalam Masjidil Haram, yang melanggar peraturan umrah.

    “Lelaki itu ditahan, langkah perundangan akan dilaksanakan terhadapnya dan dia diserahkan kepada pihak pendakwa raya,” kata kenyataan itu.

    Semalam, lelaki warga Yaman itu memuat naik satu video di media sosial memaparkan dirinya di dalam Masjidil Haram di Mekah, lokasi paling suci bagi umat Islam, yang menjadi kawasan larangan bagi individu bukan Islam.

    Dalam video berkenaan, lelaki itu memegang kain rentang dengan tulisan berbunyi ‘Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II, kami memohon Tuhan menerimanya ke dalam syurga dan dalam kalangan orang beriman’.

    Video itu tersebar luas di media sosial Arab Saudi, dengan pengguna Twitter menggesa lelaki itu ditahan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...