Tuesday, November 5, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditahan semula lepas lolos dari penjara

    CONAKRY, AFRIKA, 5 NOV – Bekas pemimpin kerajaan tentera Guinea, Moussa Dadis Camara yang melarikan diri dari penjara di Conakry, Guinea pada pagi Sabtu, berjaya ditahan semula, lapor Xinhua.

    Ketua Staf dan Jeneral Angkatan Tentera kerajaan peralihan Guinea, Ibrahima Sory Bangoura mengesahkan dalam satu kenyataan rasmi bahawa Moussa Dadis Camara selamat serta sihat dan kini kembali ke penjara Conakry.

    Pada masa yang sama dua pelarian lain, Kolonel Moussa Tiegboro Camara dan Kolonel Blaise Gomou, turut ditahan semula dan dibawa pulang ke penjara.

    Semua langkah sedang diambil untuk mengesan tahanan terakhir iaitu Komander Claude Pivi, katanya. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Kapten Moussa Dadis Camara bercakap di Conakry. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda