Dituduh guna virus serang media

LJUBLIANA, 28 OKT – Editor saluran berita paling berpengaruh di Slovenia hari ini menuduh kerajaan menggunakan krisis koronavirus untuk menyerang media bebas.

“Krisis atau sebarang aktiviti lain tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk menjejaskan perubahan kepada perundangan media atau percubaan untuk campur tangan secara politik dalam kebebasan saluran media,” menurut surat terbuka yang ditandatangani oleh dua editor media utama.

Sejurus selepas menyandang jawatan perdana menteri pada Mac, semasa gelombang pertama krisis koronavirus, Janez Jansa – sekutu rapat perdana menteri Hungary Victor Orban – melancarkan serangan ke atas media dan wartawan, menuduh mereka mempunyai kepentingan tersembunyi yang dikaitkan dengan bekas rejim komunis.

Minggu lalu, Jansa menyerang agensi berita STA, menggelarnya ‘saluran memalukan dalam negara.’ – AFP