Dituduh terima rasuah, menteri pertahanan Namibia letak jawatan

WINDHOEK, 7 APRIL – Menteri Pertahanan Namibia Peter Vilho meletakkan jawatan selepas terpalit dengan tuduhan menerima sogokan, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Dalam surat peletakkan jawatannya Vilho menyatakan tidak dapat meneruskan tugasnya memandangkan tumpuan media terhadapnya dan keadaan itu sangat mengganggu tugasnya,” kata jurucakap Dewan Negara Alfredo HengariVilho dalam satu kenyataan pada Selasa.

Vilho sebelum itu bertemu Presiden Hage Geingob untuk menjelaskan tuduhan mengenai pendapatan yang diperoleh secara tidak sah dan disimpan dalam akaun bank asing yang tidak diisytiharkan atas namanya.

Beliau didakwa menerima rasuah untuk tender senjata bernilai AS$124 juta kira-kira 13 tahun lalu. – Bernama