Diuji positif hampir 2 minggu dikuarantin

PHNOM PENH, 22 NOV – Seorang lelaki Kemboja diuji positif COVID-19 semasa dikuarantin selama hampir dua minggu setelah dia pulang dari Jepun, kata jurucakap Kementerian Kesihatan (MoH), Or Vandine hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu tiba di bandar Phnom Penh pada 26 Oktober dari Jepun menerusi penerbangan transit di Korea Selatan, katanya, menambah lelaki itu telah ditempatkan di pusat kuarantin sejak itu selepas empat penumpang dalam penerbangan sama diuji positif virus pada 27 Oktober dan 8 November.

“Pada hari ke-13 kuarantin, sampel lelaki itu telah diambil bagi ujian kali keempat dan keputusannya (pada Sabtu) menunjukkan dirinya positif COVID-19. Pada masa ini pesakit itu menjalani rawatan di Pusat Kesihatan Chak Angre di selatan Phnom Penh.”

Setakat ini, kerajaan itu mencatatkan 11 kes aktif sedang dirawat. – Xinhua