Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    DJ Lin teruja jejak kaki ke Eropah

    Penyampai radio Suria FM, DJ Lin meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melawat empat buah negara iaitu Denmark, Sweden, Britain dan Perancis selama 10 hari.

    Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki di negara berkenaan dan mengakui hanya pernah ke luar negara bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012.

    “Saya anggap ini adalah rezeki… satu trip dapat empat negara terus. Bagi saya, sangat bersyukur dengan rezeki dan kenangan 2022,” katanya kepada mstar.

    DJ Lin memaklumkan dia kini berada di MALMO MASSAN, Malmo Sweden untuk Persidangan Radio Eropah 2022 dan seterusnya akan berangkat ke Denmark, London dan Paris.

    Pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara dan perkongsian pengalaman berkenaan isu-isu yang berkaitan dunia radio dibincangkan selama tiga hari dari 15 hingga 17 Mei dalam persidangan tersebut.

    Dalam pada itu, penyampai radio berusia 46 tahun ini mengakui biarpun teruja namun dia tetap berasa gementar dan bimbang sekiranya tidak dapat pulang ke Malaysia. – Agensi

    DJ Lin berada di Sweden untuk Persidangan Radio Eropah 2022. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...