Tuesday, November 29, 2022
22.6 C
Brunei

-

Djokovic akhiri kesusahan dengan kemenangan

TURIN, ITALI, 21 NOV – Novak Djokovic berkata memenangi Finals Jelajah ATP keenam pada Ahad adalah penutup yang ‘sangat memuaskan’ kepada tahun yang penuh dengan masalah.

Pemain dari Serbia itu menewaskan pemain Norway, Casper Ruud 7-5, 6-3 di Turin untuk menyamai rekod Roger Federer dengan enam gelaran juara pada penghujung tahun kejohanan.

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan pemain paling tua menang dalam finals, yang menamatkan musim ini dengan penuh gaya selepas dia terlepas dua perlawanan besar akibat status vaksinnya.

“Saya berasa sangat berpuas hati, pada masa sama, sangat lega oleh sebab keadaan yang terpaksa saya lalui pada awal tahun ini, dengan Australia,” katanya.

“Kita tak perlu bercakap mengenainya. Kita tahu apa yang telah terjadi.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, namun yang pasti, saya tahu apa yang ada dalam fikiran saya ialah keazaman tinggi untuk menang,” kata Djokovic.

Kemenangannya di Turin disertai dengan hadiah wang AS$4.7 juta, yang diperoleh selepas tujuh tahun dia memenangi Finals ATP terakhirnya dan akan mengangkat rangkingnya dari lapan kepada lima.

Carlos Alcaraz, yang terlepas peluang dalam aksi finals, kekal di nombor satu. “Dalam fikiran saya, saya sentiasa menganggap diri sebagai yang terbaik di dunia,” katanya.

“Saya tidak. Saya kelima. Secara keseluruhan, ranking ini menunjukkan siapakah yang terbaik pada tahun ini, dan Alcaraz berada di nombor satu dunia.” – AFP

Djokovic menjulang trofi kemenangannya selepas menewaskan Casper Ruud dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki dalam Kejohanan Tenis Finals ATP di Turin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -