Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Djokovic anggap pengalaman visa peristiwa ‘malang’

    BELGRADE, SERBIA, 4 FEB – Novak Djokovic menyifatkan penahanan dan pengusirannya dari Australia yang menghalangnya daripada mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia sebagai ‘peristiwa malang’ dan berterima kasih kepada presiden Serbia itu atas sokongannya.

    Urusan selama 11 hari mengenai visa kemasukan Djokovic berakhir dengan warga Serbia itu dihantar pulang kerana gagal memenuhi syarat ketat vaksinasi COVID-19 Australia.

    Bintang tenis teratas itu bertemu dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic kelmarin dan menyifatkan peristiwa di Australia sebagai ‘tidak dijangka.’

    “Saya ingin bertemu dengan awda hari ini kerana, terutamanya sebagai warga Serbia, saya merasakan keperluan yang besar untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan besar yang awda, sebagai presiden Serbia, berikan kepada saya, serta semua institusi negara semasa peristiwa malang itu di Australia,” kata Djokovic.

    “Walaupun saya bersendirian dalam tahanan dan berdepan dengan banyak masalah serta cabaran, saya tidak berasa sunyi. Saya mendapat sokongan besar terutamanya daripada keluarga saya, semua orang rapat dalam hidup saya, seluruh negara Serbia, ramai orang yang mempunyai niat baik dari rantau ini dan dunia.” – AP

    Novak Djokovic menyifatkan pengusirannya dari Australia yang menghalangnya daripada mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia sebagai ‘peristiwa malang.’ – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...