Djokovic ‘baham’ Pouille

TOKYO, 4 OKT – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mempamerkan kehebatannya di Terbuka Jepun hari ini dengan kemenangan mudah 6-1, 6-2 ke atas Lucas Pouille dari Perancis.

Bintang Serbia itu ‘melemaskan’ lawannya pada perlawanan suku akhir itu, menghujani Pouille dengan siri pukulan kencang dan bijak.

“Saya bukan mesin tetapi saya bermain seperti mesin hari ini,” kata Djokovic dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit itu.

“Ini adalah antara aksi terbaik saya tahun ini. Sangat teruja dengan cara saya bermain di atas gelanggang,” katanya, yang akan berdepan sama ada David Goffin atau Chung Hyeon bagi saingan separuh akhir.

“Saya tidak sabar bagi satu lagi perlawanan esok, saya harap akan dapat mengekalkan kualiti ini.”

Kemenangan terbaharu itu membuktikan lagi bahawa dia sudah pulih daripada kecederaan bahu kirinya, yang menjadi punca dia menarik diri dari Terbuka AS.

Kejohanan Terbuka Jepun itu merupakan kejohanan pertama Djokovic sejak insiden tersebut.

Ia merupakan pertemuan ketiga antara mereka tahun ini dan Djokovic telah memenangi kesemuanya. – AFP