MELBOURNE, 12 JAN – Novak Djokovic hari ini diundi untuk menentang pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena sekembalinya ke Terbuka Australia dan akan bertemu Nick Kyrgios jika mara ke pusingan lapan terakhir.
Bintang Serbia itu, yang diusir setahun lalu, akan memulakan usahanya untuk merebut gelaran Melbourne ke-10 dan menyamai rekod mahkota Grand Slam ke-22 menentang pemain yang menduduki ranking ke-75 dunia.
Dengan ketiadaan pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz yang cedera, juara bertahan Rafael Nadal mengambil alih sebagai pilihan utama akan bermula menentang pemain cemerlang Britain, Jack Draper.
Manakala bagi acara wanita, pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek akan bertemu pemain Jerman, Jule Niemeier ketika dia mengintai gelaran Grand Slam sulung di Australia.
Djokovic mengalami kecederaan hamstring dalam perjalanan untuk memenangi pertandingan pembukaan musim Adelaide International minggu lepas. Dia memendekkan perlawanan latihan kelmarin untuk mendapatkan lebih banyak rawatan.
Pemain berusia 35 tahun itu telah dikeluarkan dari Australia pada malam sebelum kejohanan 2022 kerana pendirian vaksinasi COVIDnya selepas pngurusan undang-undang.
Dia juga terlepas Terbuka AS atas sebab yang sama. Tindakan itu memecahkan pendapat di Melbourne, sebuah bandar yang mengalami beberapa penutupan yang lama di dunia pada kemuncak wabak itu.
Pilihan keempat itu akan bermain dalam perlawanan amal menentang pemain Australia, Kyrgios pada petang esok dan akan bertembung di suku akhir jika kedua-duanya melangkah ke pusingan seterusnya. – AFP