Djokovic bergelut singkirkan Brooksby

NEW YORK, 7 SEPT – Novak Djokovic bergelut namun berjaya mara menghampiri tiga perlawanan untuk melengkapkan kesemua kejuaraan Grand Slam perseorangan pada tahun yang sama dalam 52 tahun selepas menyingkirkan pemain dari Amerika Syarikat, Jenson Brooksby di Terbuka AS.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic berjaya menewaskan pemain ranking ke-99, Brooksby 1-6, 6-3, 6-2, 6-2 untuk mara ke pusingan suku akhir bertemu pemain pilihan keenam dari Itali, Matteo Berrettini dalam pertemuan semula di saingan akhir Wimbledon pada Julai lalu.

“Ia akan menjadi sesuatu yang mengujakan,” kata Djokovic. “Dia menggemari pentas terbesar. Pukulan servis yang kuat, perlawanan besar secara keseluruhan. Saya tahu apa yang dijangkakan. Saya akan membuat persediaan untuk perlawanan ini dan berharap yang terbaik.”

Bintang Serbia berusia 34 itu akan menjadi pemain lelaki pertama sejak Rod Laver pada 1969 untuk menyapu kesemua gelaran utama dalam tahun yang sama dengan melengkapkan kejuaraan karier keempatnya di Terbuka AS.

Djokovic turut memburu rekod perseorangan lelaki trofi Grand Slam ke-21, yang akan melonjakkannya di kalangan seteru ‘Big Three’, Roger Federer dan Rafael Nadal, yang kedua-dua-nya tidak menyertai kejohanan kerana kecederaan.

Brooksby dilihat mampu membuat kejutan, di mana pemain AS berusia 20 tahun yang merupakan pemain wildcard dan tidak pernah bertemu Djokovic sebelum ini, menang pukulan servis kedua dan perlawanan keenam serta berjaya memenangi pukulan servis untuk mendahului set pertama dalam masa 29 minit.

“Dia bermain set pertama yang sempurna,” kata Djokovic. “Saya tidak dapat melakukan apa-apa. Saya masih mencari rentak permainan.

“Saya boleh mengatakan ia bukan permulaan yang baik. Jenson bermain dengan baik. Dia mempunyai perancangan. Dia membuat pukulan sangat baik. Dia membaca permainan dengan baik pada set satu setengah.” – AFP

Aksi Novak Djokovic membuat pukulan semasa bertemu Jenson Brooksby di Terbuka AS, semalam. – AFP