Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Djokovic ‘bersedia’ bersaing di Terbuka AS

    PARIS, 31 JULAI – Novak Djokovic berkata kelmarin bahawa dia telah ‘bersedia untuk bersaing’ di Terbuka AS walaupun keengganannya untuk mendapatkan vaksin akan menyebabkan dia dihalang daripada memasuki negara tersebut.

    Di bawah peraturan semasa, semua pelawat yang berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) adalah dikehendaki untuk mendapatkan vaksin sepenuhnya terhadap COVID.

    Bintang Serbia itu yang juga juara tiga kali di New York dan baharu memperoleh gelaran Wimbledon ketujuh, secara konsisten menolak untuk mengambil vaksin.

    Pendiriannya itu turut menyaksikan dia diusir dari Melbourne pada Januari menjelang Terbuka Australia.

    “Saya sedang bersiap sedia seolah-olah saya akan dibenarkan bertanding, sementara saya menunggu jika ada ruang untuk saya pergi ke AS,” tulis Djokovic di Instagram dalam catatan yang mengiringi video latihannya. – AFP

    Reaksi Novak Djokovic semasa perlawanan akhir di Kejohanan Tenis Wimbledon di London, Britain, pada 10 Julai 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...