Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Djokovic boleh bermain di Terbuka Perancis

    PARIS, 7 JAN – Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mungkin akan dibenarkan untuk memasuki Perancis bagi menyertai Terbuka Perancis walaupun belum menerima vaksinasi, menurut Menteri Sukan hari ini.

    Pemain Serbia berusia 34 tahun itu berada dalam hotel tahanan imigresen di Melbourne sementara dia membuat rayuan terhadap visanya yang dibatalkan secara tiba-tiba kerana gagal memenuhi peraturan sekatan ketat COVID-19 di Australia, menyebabkan harapannya untuk bermain di Terbuka Australia tidak menentu.

    Kebenaran yang diluluskan untuk memasuki Australia mesti membuktikan bahawa mereka sudah divaksinasi atau mempunyai pengecualian perubatan daripada doktor, dan pihak berkuasa mengatakan pemain itu tidak menyediakan bukti dari salah satunya.

    Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu memberitahu kepada stesen radio France Info bahawa Djokovic, yang secara terbuka meragui vaksin, akan diberikan pengecualian di Perancis untuk acara utama seperti Terbuka Perancis.

    Djokovic tiba di Australia setelah diberikan pengecualian perubatan oleh penganjur Terbuka Australia tetapi ia gagal memenuhi syarat-syarat pihak imigresen.

    “Terdapat protokol kesihatan yang dikenakan untuk acara utama oleh persekutuan berkaitan yang akan membenarkan seseorang seperti Novak Djokovic memasuki negara ini,” kata Maracineanu.

    “Hari ini di Perancis, kami tidak ada peraturan yang sama seperti Australia bagi kemasukan dalam negara, ataupun untuk para atlet serta pelbagai warganegara dari negara lain.
    “Atlet yang tidak divaksinasi boleh bersaing dalam acara kerana protokol, gelembung kesihatan untuk acara utama ini, membenarkannya.”

    Maracineanu menambah kenyataannya bahawa dia berharap situasi ini menjadi jelas menjelang Mei, apabila Terbuka Perancis yang akan dijadualkan nanti.

    “Kami berharap tidak akan ada keperluan untuk langkah seperti itu.” – AFP

    Gambar menunjukkan hotel tempat Novak Djokovic akan menginap di Melbourne. Djokovic diarah untuk menjalani tahanan di hotel sebelum menunggu keputusan mahkamah.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...