ROM, 15 MEI – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke perlawanan akhir Terbuka Itali kelmarin dan meraih kemenangan ke-1,000 dalam kariernya selepas menewaskan pemain Norway, Casper Ruud 6-4, 6-3 dalam straight set di Rom.
Djokovic akan menentang juara Masters Monte Carlo, Stefanos Tsitsipas pada perlawanan akhir Ahad nanti, perlawanan final keempat bagi pemain Serbia itu dalam beberapa tahun di ibu negara Itali tersebut.
Djokovic kini memburu kejuaraan keenam di Foro Italico menjelang aksi Roland Garros hujung bulan ini selepas mengatasi pemain nombor 10 dunia Ruud dalam aksi final ke-12 di salah satu tempat kegemarannya.
Pemain berusia 34 tahun itu sudah pun mencatatkan rekod sebagai pemain nombor satu dunia paling lama pada minggu ke-370 hasil kemenangan straight set ke atas Felix Auger-Aliassime pada Jumaat lalu.
Djokovic pantas mendahului 4-0 dalam set pertama, manakala Ruud bermain tenis yang santai dan memenangi rali yang mudah tetapi tidak memberikan ancaman akan menewaskan Djokovic.
Set kedua adalah sama seperti sebelumnya, di mana Djokovic menewaskan Ruud dalam permainan kelapan dan kemudian menumbangkan lawannya pada peluang pertama dua perlawanan seterusnya. – AFP