Djokovic damba aksi cemerlang di Roland Garros

BELGRADE, 24 MEI – Novak Djokovic (gambar) bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-34 pada hujung minggu ini di pusat tenis Belgrade yang menjulang namanya, mendambakan kecemerlangan di Roland Garros.

Pemain nombor satu dunia itu adalah pilihan utama dalam acara Terbuka Perancis di ibu negara Serbia sebelum menuju ke Paris di mana beliau mencari kemenangan karier keduanya.

“Kami berusaha agar saya mencapai tahap maksimum, agar semuanya dapat disesuaikan dengan sempurna di Paris, di mana saya mahu beraksi cemerlang,” kata Djokovic pada sidang akhbar semalam.

Djokovic, yang berusia 34 tahun Sabtu ini, mengalami musim tidak menentu.

Beliau kalah pada pusingan ketiga di Masters Monte Carlo sebelum mara ke separuh akhir ketika Belgrade mengadakan acara pertama musim bunga pada bulan April.

Beliau kemudian kalah di final Masters Rom hujung minggu lalu kepada Rafael Nadal, juara 13 kali di Roland Garros.

“Saya benar-benar berpuas hati kerana dapat bermain di tempat sendiri dua kali. Ini membawa ketenangan minda dan kegembiraan kerana dapat membuat persiapan di sini untuk salah satu kejohanan paling penting tahun ini,” kata Djokovic.

Djokovic adalah pemenang gelaran Grand Slam sebanyak 18 kali dengan kemenangan tunggal Paris pada tahun 2016

Sekiranya beliau menang di Roland Garros, beliau akan menjadi lelaki pertama dalam lebih dari 50 tahun yang telah memenangi keempat-empat kejuaraan lebih sekali. – AFP