Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Djokovic dambakan Terbuka Australia

MELBOURNE, 12 OKT – Novak Djokovic berhasrat untuk bermain dalam Terbuka Australia namun ia tertakluk antara dirinya untuk menyelesaikan situasi dengan pihak kerajaan Australia, kata ketua kejohanan, Craig Tiley kelmarin sambil mengesahkan pemain dari Rusia dan Belarus dapat turut serta sebagai pemain neutral.

Kejohanan tahun ini dibelenggu oleh berita Djokovic menolak suntikan vaksin COVID-19 yang mengakibatkan dia diusir dari Australia di ambang acara Grand Slam sejurus kes mahkamah berprofil tinggi melibatkan status visa pemain itu.

Juara sembilan kali dari Serbia itu kini sedang menjalani larangan daripada masuk ke Australia selama tiga tahun.

Larangan tersebut boleh ditarik balik atas budi bicara kerajaan haluan kiri, yang berbeza pendapat dengan kerajaan campuran konservatif semasa dia diusir keluar. Akan tetapi, setakat ini mereka belum memberi sebarang petunjuk sama ada mereka akan mempertimbangkannya atau tidak.

Tiley berkata dia meluangkan masa bersama Djokovic baru-baru ini dan pemain dari Serbia itu teringin untuk kembali beraksi di dalam kejohanan utama pertama pada Januari tahun depan di Melbourne.

“Apa yang kami katakan pada masa ini adalah Novak perlu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan. Dan kami akan mengikuti apa-apa arahan selepas daripada itu,” Tiley memberitahu akhbar The Age semasa pelancaran rasmi kejohanan tersebut.

“Saya meluangkan sedikit masa dengan Novak semasa di Piala Laver. Kami berbual secara bersahaja. Dia menyatakan bahawa dia sangat berharap dapat kembali ke Australia, namun dia tahu keputusan ini adalah hak mutlak kerajaan persekutuan.

“Dia faham akan keadaan itu. Ini adalah perkara sulit antara dua pihak.”

Ahli politik pembangkang, Karen Andrews, yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa Djokovic dibuang negara memberitahu radio ABC bahawa dia tidak sepatutnya diberikan layanan istimewa. – AFP

Reaksi Novak Djokovic semasa bermain di kejohanan tenis Terbuka ATP 500 Astana di Astana, Kazakhstan, baru-baru ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -