Djokovic, Halep mara ke final Terbuka Itali

ROM, 21 SEPT – Pemain pilihan utama, Novak Djokovic dan pemain wanita dari Romania, Simona Halep kedua-duanya mara ke final Terbuka Itali pada Ahad selepas peminat dibenarkan kembali untuk menyaksikan perlawanan di gelanggang Foro Italico buat kali pertama.

Pemain nombor satu, Djokovic menewaskan pemain Norway, Casper Ruud 7-5, 6-3 dan akan bermain menentang pemain Argentina, Diego Schwartzman dalam pusingan final untuk kejuaraan kelima Rom.

Pemain pilihan utama wanita, Simona Halep mara ke final ketiga di mana dia akan berdepan dengan juara bertahan, Karolina Pliskova untuk merebut trofi yang gagal dimenanginya pada 2017 dan 2018.

Djokovic dilihat bakal beraksi di satu lagi perlawanan final dengan Nadal seminggu sebelum Terbuka Perancis di Roland Garros.

Tetapi Schwartzman telah menyingkirkan juara sembilan kali di Rom pada pusingan suku akhir, dan menempah slot ke final dengan kemenangan 6-4,5-7, 7-6 (7/4) ke atas pemain Kanada, Denis Shapovalov.

“Seperti yang kita semua ketahui, sama ada Nadal bermain di final atau tidak sudah tentunya akan membawa perbezaan besar,” kata Djokovic, yang bermain lima daripada sembilan finalnya menentang Nadal di Rom.

“Jadi adalah agak pelik untuk tidak menentangnya, tetapi pada masa yang sama saya tidak akan memandang rendah sesiapa yang berada di atas gelanggang menentang saya esok.”

Pemain Serbia itu mampu mencatatkan rekod kemenangan kejuaraan Masters kali ke-36 pada hari ini. Dia pada ketika ini mencatat kedudukan seri dengan 35 kemenangan bersama Nadal.

Daripada empat gelaran yang dimenanginya di Rom, yang terakhir adalah pada tahun 2015, dengan tiga kekalahan pada tahun 2016, 2017 dan 2019. – AFP

Aksi pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic semasa beraksi di Terbuka Itali. Djokovic dan Simona Halep mara ke pusingan final selepas menewaskan lawan masing-masing.- AP