Djokovic hampir batal sertai Terbuka AS

NEW YORK, 21 OGOS – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berkata dia hampir menarik diri dari Terbuka AS tetapi merancang untuk bermain di acara Grand Slam meskipun kebimbangan mengenai COVID-19.

Djokovic, pemenang acara Grand Slam perseorangan 17 kali, memberitahu New York Times bahawa dia cuba mengejar rekod 20 kejuaraan Grand Slam yang dipegang oleh Roger Federer ‘sememangnya’ menjadi faktor utama dalam keputusannya untuk bermain di Flushing Meadows yang bermula pada 31 Ogos.

“Salah satu sebab mengapa saya terus bermain tenis profesional di tahap ini adalah kerana saya mahu mencapai lebih banyak kejayaan dalam dunia tenis,” Djokovic memberitahu akhbar.

Pemain kelahiran Serbia berusia 33 tahun telah memenangi lima dari tujuh gelaran perseorangan Grand Slam perseorangan tetapi datang ke gelanggang di New York selepas mendapat kepastian dari pegawai Eropah bahawa pemain yang pulang dari Terbuka AS tidak perlu menjalani kuarantin yang lama sebelum acara Eropah seperti Terbuka Perancis.

“Saya begitu hampir untuk tidak menyertai kejohanan,” kata Djokovic, yang membuat keputusan muktamad kurang dari seminggu sebelum tiba. “Terdapat terlalu banyak ketidaktentuan.” – AFP