Djokovic intai Grand Slam ke-18

NEW YORK, 1 SEPT – Novak Djokovic mara ke pusingan kedua Terbuka AS ketika dia mengejar untuk gelaran Grand Slam ke-18 selepas meraih kemenangan straight-set.

Pemain nombor satu dunia itu berjaya menewaskan Damir Dzumhur dari Bosnia 6-1, 6-4, 6-1 yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe yang kosong di New York.

Bintang Serbia itu hanya mengambil masa 23 minit untuk memenangi set pertama sebelum berusaha untuk kemenangan tipis dalam set kedua selama satu jam.

Dengan Rafael Nadal dan Roger Federer tidak menyertai kejohanan, Djokovic ingin merapatkan jurang mereka dalam perlumbaan untuk rekod Grand Slam perseorangan lelaki sepanjang masa.

Djokovic kini mempunyai 17 gelaran, di belakang Nadal dengan 19 dan Federer sebanyak 20 gelaran. Di perlawanan yang berasingan, Alexander Zverev terpaksa bekerja keras untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka AS, perlawanan berlangsung selama tiga jam menentang finalis 2017, Kevan Anderson. Pemain Jerman itu, mengejar untuk memenangi gelaran Grand Slam pertamanya, memenangi set pertama 7-6 (7/2) sebelum kalah 7-5 di set kedua di Stadium Arthur Ashe tanpa penonton.

Pada akhirnya, pemain berusia 23 tahun itu membuktikan kebolehannya menewaskan pemain veteran Afrika Selatan itu untuk memenangi set ketiga 6-3 dan set keempat 7-5.

“Saya sebenarnya cukup gembira dengan pusingan pertama seperti itu,” kata Zverev, yang mara ke separuh akhir Grand Slam pertamanya di Terbuka Australia pada awal tahun ini.

“Kevin bukanlah seseorang yang biasanya beraksi dengan anda di pusingan pertama.

“Ini adalah perlawanan pusingan keempat, suku akhir, separuh akhir yang biasa menentangnya. Saya sangat gembira dapat melalui,” tambahnya. Pemain pilihan keempat Stefanos Tsitsipas mara ke pusingan kedua kejohanan Flushing Meadows, yang dimainkan tanpa peminat kerana koronavirus, dengan kemenangan straight-set atas pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas. – AFP

Aksi Novak Djokovic dari Serbia ketika membuat pukulan menentang Damir Dzumhur dari Bosnia pada hari pertama Terbuka AS 2020 di Pusat Tenis Nasional Billie Jean King USTA semalam di Bandar New York. – AFP