Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Djokovic juara Terbuka AS

    NEW YORK, 11 SEPT – Novak Djokovic menewaskan Daniil Medvedev dalam straight set kelmarin, untuk memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang keempat dan meraih gelaran Grand Slam tunggal ke-24, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain tenis terhebat dalam sejarah.

    Djokovic yang berusia 36 tahun menang 6-3, 7-6 (7/5), 6-3 untuk menjadi juara lelaki tertua di New York dalam era terbuka dan menyamai rekod sepanjang masa, Margaret Court untuk jumlah kemenangan Grand Slam.

    “Saya tidak tahu dari mana hendak mula. Ia jelas, dunia bermakna bagi saya,” kata Djokovic, memakai jaket putih dengan nombor 24 di dadanya semasa upacara penyampaian trofi.

    “Sukar untuk menggambarkannya. Saya benar-benar sedang menjalani impian zaman kanak-kanak saya untuk bersaing di peringkat tertinggi dalam sukan ini.

    “Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan berdiri dan bercakap mengenai Grand Slam yang ke-24, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini saya rasa saya mempunyai peluang untuk mencipta sejarah dan mengapa tidak meraihnya,” tambahnya.

    Novak Djokovic bergambar bersama piala yang dimenanginya pada perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan tenis Terbuka AS di New York pada 10 September. – AP

    Pemain Serbia itu merupakan lelaki pertama yang memenangi tiga acara Grand Slam pada musim yang sama sebanyak empat kali, menjadikannya kembali sebagai pemain
    nombor satu dunia dengan cara yang paling sesuai di dalam Stadium Arthur Ashe.

    Kemenangan itu ditambah dengan kemenangannya di Terbuka Australia dan Perancis awal tahun ini, dengan satu-satunya kekalahan lima setnya kepada Carlos Alcaraz dalam perlawanan akhir Wimbledon pada Julai.

    “Awda tahu, ada beberapa orang yang dilahirkan, dia seorang yang genius. Dia seorang yang baik.

    “Tidak terlalu banyak orang di dunia ini seperti dia dalam sukan,” kata jurulatih Djokovic, Goran Ivanisevic. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...