Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Djokovic mara ke peringkat 16 terakhir

    MELBOURNE, 22 JAN – Novak Djokovic kelmarin menewaskan Grigor Dimitrov untuk mara ke pusingan 16 terakhir ketika juara Terbuka Australia sembilan kali itu menghampiri gelaran Grand Slam ke-22 yang menyamai rekod.

    Pemain pilihan keempat dari Serbia itu menang set pertama selepas 77 minit sebelum menjinakkan pemain Bulgaria itu 7-6 (9/7), 6-3, 6-4 di Rod Laver Arena, ketika dia memerlukan rawatan dua kali disebabkan masalah hamstringnya.

    Dia akan menentang Alex de Minaur dari Australia untuk tempat ke suku akhir selepas pilihan ke-22 itu menyamai keputusan terbaiknya pada kejohanan itu dengan menewaskan pemain Perancis Benjamin Bonzi 7-6 (7/0), 6-2, 6-1.

    Kemenangan Djokovic bukan sahaja menyebabkan dia semakin hampir menyamai rekod 22 Grand Slam, Rafael Nadal tetapi juga untuk gelaran ke-10, yang akan menyaksikan dia kembali ke nombor satu dunia buat kali pertama sejak Jun.

    Kemenangan itu meletakkannya dalam kelompok 16 terakhir buat kali ke-15, menyamai Nadal di tempat kedua dalam senarai era Terbuka untuk penampilan di pusingan keempat Terbuka Australia di belakang Roger Federer dengan 18. – AFP

    Aksi Novak Djokovic dari Serbia meraikan kemenangan semasa perlawanan pusingan ketiga pada kejohanan tenis Terbuka Australia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...