Djokovic mara ke pusingan seterusnya

NEW YORK, 25 OGOS – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic bermain dengan kecederaan pada bahagian leher untuk memenangi perlawanan 7-6 (7/2), 6-4 ke atas Ricardas Berankis di Terbuka Western & Southern, sementara pemain pilihan kedua, Dominic Thiem tersingkir.

Djokovic menarik diri dari aksi beregu dengan kecederaan leher pada Ahad lalu, berjaya mara ke pusingan ke-16 meskipun mengalami kecederaan yang mana dia menerima rawatan semasa berada di atas gelanggang.

“Saya semakin pulih,” katanya selepas kemenangan 7-6 (7/2), 6-4. “Ia telah berlarutan selama empat hari. Ia belum lagi seperti yang saya mahukan tetapi ia sedang menuju ke arah yang betul.”

Berita baik buat Terbuka AS yang bermula pada 31 Ogos, di gelanggang New York yang sama seperti acara pada minggu ini, yang telah dipindahkan dari Cincinnati bagi membuat gelembung kuarantin untuk acara Grand Slam yang akan datang.

Djokovic yang ketinggalan sebanyak dua kali dalam set kedua, tetapi kembali bangkit.
Dia kemudiannya bersorak selepas berjaya memecah 5-4 untuk mendahului dan kemudian dengan tenang membuat pukulan servis yang sekali gus memenangi perlawanan.

Dia akan berdepan pemain Amerika Syarikat, Tenny Sandgren dengan keputusan 6-7 (4/7), 6-2 (7/5) kemenangan di Felix Auger- Aliassme di Canada.

Kekecewaan untuk hari tersebut ialah dalam perlawanan antara pemain rangking ke-32, Filip Krajinovic dari Serbia menewaskan pemain dari Austria, Thiem, 6-2, 6-1.

“Saya rasa saya memulakan hari yang dengan baik. Saya sangat agresif dan saya sangat gembira dengan apa yang saya lakukan dalam pusingan ke-4,” kata Krajinovic yang tercicir dua mata sebelum mencapai kemenangan.

Thiem yang memberikan tentangan kepada Djokovic untuk bermain hingga lima set dan muncul sebagai naib juara Terbuka Australia pada Januari lalu, tidak mampu mencari rentak dalam perlawanan pertamanya sejak jelajah ATP disambung semula selepas digantung selama lima bulan akibat koronavirus. – AFP

Djokovic semasa beraksi di Terbuka Western & Southern menentang Ricardas Berankis. – AFP