Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Djokovic ‘masih ada masa beraksi’ di Grand Slam

    MELBOURNE, 2 JAN – Ketua Terbuka Australia, Craig Tiley berkata hari ini masih ada “peluang untuk menamatkan permainan” sama ada Novak Djokovic akan mempertahankan gelarannya di Melbourne, dengan gambaran yang lebih jelas “dalam beberapa hari akan datang”.

    Juara Grand Slam 20 kali itu enggan mengesahkan sama ada dia telah diberi vaksin COVID-19 dan menarik diri daripada Piala ATP di Sydney minggu ini tanpa memberi alasan.

    Semua peserta pada pembukaan Grand Slam tahun ini, yang bermula 17 Januari, perlu diberi vaksinasi atau mendapatkan pengecualian perubatan.

    Terdapat spekulasi bahawa Djokovic telah memohon satu, yang akan dinilai oleh panel pakar bebas dan akan kekal menjadi rahsia.

    Tiley berkata masa semakin singkat.

    “Kami masih lagi mempunyai beberapa penerbangan akan datang sehingga akhir minggu ini dan kesemua pemain akan sampai berada di sini,” katanya kepada Nine Network.

    “Selagi status berkenaan berhubung kait dengan Novak, saya rasa kami akan ada gambaran lebih jelas di hari akan datang, jika tidak dia akan terlambat untuk menunjukkan diri dan bermain di perlawanan Terbuka Australia.

    “Ada sedikit masa untuk bermain dan saya fikir dia akan bermain dalam beberapa hari akan datang,” tambahnya.

    Pegawai kerajaan di Victoria, penganjur Terbuka Australia, menegaskan bahawa hanya pemain yang diberi vaksinasi sahaja boleh bermain dalam kejohanan itu. – AFP

    Djokovic telah menarik diri daripada Piala ATP di Sydney, kata penganjur pada 29 Disember 2021, di tengah-tengah spekulasi mengenai status vaksinasinya dan sama ada dia akan mempertahankan gelaran kejuaraan Terbuka Australia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...