Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Djokovic menang Terbuka Itali

    ROM, 16 MEI – Novak Djokovic memenangi kejuaraan Terbuka Itali keenamnya kelmarin selepas kemenangan straight set ke atas Stefanos Tsitsipas, 6-0, 7-6 (7/5) di Rom.

    Pemain nombor satu dunia Djokovic menewaskan juara Monte Carlo Masters, Tsitsipas dalam kejohanan utama terakhir sebelum Roland Garros bermula hujung bulan ini.

    Pemain berusia 34 tahun itu memenangi kejohanan pertamanya musim ini dan mengesahkan kembali ke prestasinya selepas beberapa bulan pembukaan musim yang didominasi kontroversi vaksinasi COVID.

    Berada di tempat kelima dunia, Tsitsipas diketepikan pada set pertama dan kelihatan tidak rela untuk menentang Djokovic, akan tetapi melakukan lebih banyak percubaan di set kedua namun kalah set itu dan tunduk dalam tie-break tanpa banyak tentangan.

    Djokovic yang penuh emosi kemudian bercakap kepada orang ramai dalam bahasa Itali, memberitahu mereka bahawa mereka adalah sebab dia mempunyai rekod yang begitu baik di sana dan mendedahkan anaknya Stefan bermain dalam kejohanan tenis pertamanya. – AFP

    Reaksi Novak Djokovic meraikan trofi pemenang selepas memenangi perlawanan akhir kejohanan tenis Lelaki Terbuka Rom kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...