Djokovic mungkin bertemu Tsitsipas, Zverev di separuh akhir Terbuka AS

NEW YORK, 28 OGOS – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic bakal bertemu sama ada Stefanos Tsitsipas atau Alexander Zverev dalam perlawanan separuh akhir Terbuka AS 2020 dalam undian yang dibuat kelmarin.

Pemain bintang Serbia berusia 33 tahun, pemenang Grand Slam sebanyak 17 kali yang menakluki lima kejuaraan dari tujuh dalam kejohanan perseorangan lelaki, sedang memburu kejuaraan keempat Terbuka AS menentang pemain Bosnia dan Herzegovina, Damir Dzumhur.

Pemain pilihan kedua dari Austria, Dominic Thiem, yang telah memaksa Djokovic untuk bermain sehingga lima set sebelum tewas pada final Terbuka Australia tahun lalu, telah diundi dalam perlawanan lain, dan memungkinkan pertemuan semula di perlawanan kejuaraan Flushing Meadows.

Dengan ketiadaan rakan ‘Big Three’ Rafael Nadal dan Roger Federer, Djokovic mempunyai peluang cerah untuk merapatkan jurang ke atas rekod seterunya.

Legenda Switzerland, Federer, yang tercedera, memegang rekod kejuaraan Grand Slam lelaki sebanyak 20 kali manakala pemain Sepanyol, Nadal, yang menjuarai Terbuka AS 2019, menjadi johan sebanyak 19 kali.

Kejohanan yang bermula pada Isnin dalam gelembung kuarantin tanpa peminat di Pusat Tenis Kebangsaan AS di New York, dengan ujian COVID-19 dan langkah-langkah lain yang dikuatkuasakan untuk menjaga keselamatan pemain daripada virus telah memaksa pembatalan kejohanan Wimbledon.

Djokovic bakal bertemu sama ada pemain Britain, Kyle Edmund atau pemain Kazakhstan, Alexander Bublik dalam pusingan kedua sementara pemain pilihan ke-16 dari AS, John Isner berpotensi bertemu pada pusingan keempat. Pemain lawan yang mungkin bertemu di pusingan suku akhir ialah pemain pilihan ketujuh dari Belgium, David Goffin.

Dalam undian lain menyaksikan pemain pilihan keempat dari Greece, Tsitsipas dan pemain pilihan kelima dari Jerman, Zverev sebagai kemungkinan lawan suku akhir. Setiap bintang muda mengejar kejuaraan Grand Slam pertama mereka.

Tsitsipas bermain perlawanan pertamanya menentang Albert Ramos-Vinolas dari Sepanyol sementara Zverev menentang pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson. – AFP