Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

Djokovic, Nadal, Alcaraz diundi dalam kumpulan sama

PARIS, 20 MEI – Juara bertahan Novak Djokovic, pemenang 13 kali Rafael Nadal dan bintang remaja baharu Carlos Alcaraz diundi dalam kumpulan yang sama untuk Terbuka Perancis kelmarin.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic dan Nadal, yang berada di ranking lima, menjadi pilihan untuk bertemu seawal suku akhir.

Alcaraz, 19, pula membida untuk menjadi remaja kelapan memenangi gelaran Grand Slam lelaki.

Beliau boleh menentang sama ada Djokovic atau Nadal, yang memegang rekod 21 kejohanan utama, pada separuh akhir dalam undian paling sengit untuk Grand Slam kedua musim ini.

Djokovic, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-35 pada Ahad ini, iaitu hari pembukaan di Roland Garros, berdepan pemain ranking ke-94 Yoshihito Nishioka dari Jepun pada pusingan pertama.

Beliau bersemangat untuk mempertahankan gelarannya kali ini setelah diusir dari Melbourne pada Januari lalu kerana keengganannya untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Nadal pula akan berdepan pemain Australia, Jordan Thompson dalam pusingan pertama. – AFP

Bintang remaja baharu, Carlos Alcaraz, antara pemain yang harus diberi perhatian oleh Nadal dan Djokovic dalam Terbuka Perancis. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -