Djokovic, Nadal dalam senarai kejohanan Terbuka AS

NEW YORK, 30 JULAI – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal akan menyertai kejohanan Terbuka AS yang akan dimainkan di New York.

Penganjur ATP dan WTA Terbuka Barat dan Selatan, sebelum ini bermain di Cincinnati tetapi berpindah ke New York tahun ini kerana wabak COVID-19, mengumumkan senarai kemasukan pemain perseorangan semalam.

Acara ini akan diadakan pada 20 hingga 28 Ogos tanpa penonton di Pusat Tenis Nasional di Flushing Meadows, di mana kejohanan gelanggang keras Grand Slam akan bermula pada 31 Ogos dalam keadaan yang sama.

Djokovic, juara Wimbledon dan Terbuka Australia dan Nadal, juara bertahan AS dan Perancis, berasa bimbang mengadakan Terbuka AS semasa wabak COVID-19 melanda teruk di seluruh Amerika Syarikat.

Kawasan New York telah berjaya mengawal wabak itu dengan kes yang rendah sejak melonjak pada bulan Mac dan April sementara kawasan seperti Florida, Texas dan California semakin meningkat.

Satu-satunya pemain lelaki 10 teratas yang tidak termasuk dalam senarai adalah bintang Switzerland yang cedera, Roger Federer, pemain nombor empat dunia, Dominic Thiem dari Austria, dan Gael Monfils pemain nombor kesembilan dari Perancis. Ini juga termasuk juara Barat dan Selatan, Daniil Medvedev, pemain nombor lima dunia dari Rusia.

Federer memiliki rekod 20 kejuaraan perseorangan lelaki Grand Slam sementara Nadal berjaya merangkul 19 dan Djokovic memenangi gelaran ke-17 pada awal tahun ini di Melbourne.

Williams, yang berusia 39 tahun pada bulan September, telah memenangi 23 gelaran perseorangan Grand Slam, satu daripada rekod Margaret Court sepanjang masa. – AFP

Aksi pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic semasa perlawanan yang lalu di Terbuka AS dan pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal akan menyertai kejohanan Terbuka AS yang akan berlangsung di New York. – AP