Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Djokovic pamer aksi terbaik tahun ini

    MADRID, 4 MEI – Pilihan utama Novak Djokovic menyifatkan kemenangan pembukaan straight set ke atas Gael Monfils di Madrid kelmarin sebagai prestasi terbaiknya tahun ini seterusnya menempah pertemuan menentang Andy Murray.

    Juara kejohanan utama 20 kali itu memastikan dia akan mengekalkan kedudukan ranking nombor satunya sekurang-kurangnya untuk seminggu lagi dan melebarkan rekod kemenangan ke atas Monfils selepas menang 6-3, 6-2 di Caja Magica.

    Djokovic, yang menyertai pertandingan dengan rekod 17-0 ke atas pemain Perancis itu, perlu menang perlawanan pusingan kedua untuk mengelak daripada melepaskan kedudukan teratas kepada Daniil Medvedev yang berada di tempat ke-2.

    “Saya menilai perlawanan ini sebagai prestasi terbaik tahun ini. Saya berasa sangat baik di gelanggang,” kata Djokovic.

    “Saya sangat gembira, memandangkan sehingga hari ini saya tidak mempamerkan aksi terbaik tenis saya dalam beberapa kejohanan yang saya sertai tahun ini dan masih lagi mencari rentak permainan saya,” tambahnya.

    Juara tiga kali Madrid itu tiba di ibu negara Sepanyol sebagai naib juara di kejohanan Belgrade meskipun tidak menemui rentaknya selepas tidak banyak bersaing musim ini.

    Pemain Serbia itu menyelamatkan tiga mata penamat ketika melakukan dua servis pertamanya sebelum dia merampas kawalan perlawanan daripada Monfils dan mendahului satu set dalam masa 47 minit.

    Djokovic terpaksa menyelamatkan dua mata pemisah ketika dia membuat servis untuk perlawanan itu sebelum dia menempah pertembungan 16 terakhir dengan Murray, yang menang 6-1, 3-6, 6-2 ke atas pilihan ke-14 dari Kanada, Denis Shapovalov.

    Ia akan menjadi pertemuan pertama antara Djokovic dan Murray sejak pusingan akhir Doha pada Januari 2017. – AFP

    Novak Djokovic semasa membalas pukulan bola kepada Gael Monfils pada perlawanan perseorangan kejohanan tenis Jelajah ATP Madrid Terbuka 2022 di Caja Magica, Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...