Djokovic pamer magis

MELBOURNE, 22 JAN – Juara bertahan, Novak Djokovic memberitahu servis baharunya memberi impak untuknya melalui lapan perlawanan tanpa kalah musim ini apabila mengatasi pemain wildcard Jepun, Tatsuma Ito untuk ke pusingan ketiga Terbuka Australia.

Bintang Serbia hanya melepaskan tujuh tujuh mata berdepan pemain ke-146 dunia itu ketika menang 6-1, 6-4, 6-2 di Rod Laver Arena berlangsung selama 95 minit.

Djokovic meminta pandangan pakar servis, Goran Ivanisevic dan meledak 16 ‘aces’ berdepan Ito untuk melebarkan rentetan kemenangannya kepada enam perlawanan buat Serbia di Piala ATP.

“Servis saya sangat bagus pada pusingan pertama dan kedua. Itu yang saya cuba lakukan sepanjang pramusim,” kata Djokovic yang menyasarkan gelaran ke-17 Grand Slam dan kelapan di Melbourne.

“Itu adalah antara keutamaan pada sesi latihan, cuba menda-patkan apa yang saya rasa adalah kelebihan untuk menang mata dengan lebih mudah pada servis pertama. “Ia membuahkan hasil setakat ini dalam Piala ATP dan di sini, dua perlawanan.”

Hasilnya ialah pertembungan dengan seorang lagi wakil Jepun, Yoshihito Nishioka, yang menewaskan pemain Britain, Dan Evans dalam tiga set. Ia adalah kemenangan ke-70 Djokovic di Melbourne Park dan hanya tewas lapan kali, namun satu daripada kekalahan itu ialah ketika berdepan seorang lagi pemain wildcard – Denis Istomin – pada pusingan kedua tiga tahun lalu. – AFP

Reaksi Djokovic ketika meraikan ke-menangan selepas perlawanan tersebut. – AP